Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada kami kepada pensyarah Pengajian Malaysia kami, Puan Nur Hidayu Binti Salleh dan pihak yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna.
PENGENALAN:
- Orang Portugis adalah bangsa Eropah yang pertama yang datang ke timur dan tiba ke Melaka dengan tujuan berkaitan dengan perdagangan.
- Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah.mereka datang ke Timur kerana mahu mendapatkan rempah ratus dari kepulauan Melayu.
- Ketika itu ,perdagangan rempah ini dimonopoli oleh saudagar islam dan Portugis ingin memecahkan monopoli perdagangan rempah yang dikuasai oleh saudagar islam sejak sekian lamanya,
- Orang Portugis telah lama memusuhi orang Islam sejak mereka kalah dalam Perang Salib pada kurun ke 12 dan mereka ingin meneruskan peperangan tersebut dan ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur serta menyebarkan agama Kristian
- Raja Portugal juga menggalakan rakyatnya melakukan pengembaraan ke tempat tempat baharu.
KEDATANGAN PORTUGIS
- Semasa Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka iaitu pada 1488 hingga 1511 ,
- Baginda dibantu oleh Bendahara Seri Maharaja (Tun Mutahir).Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira.
- Setelah berlabuh di perairan Melaka ,Sequeira telah menyuruh seorang pegawainya, Texeira menyampaikan hadiah dari Raja Portugal ,King Emannual.
- Portugis hendak menjalankan perniagaan di Melaka,tetapi saudagar gujerat yang mengetahui perihal Portugis telah menghasut bendahara agar menangkap orang-orang Portugis
- .Seramai 18 orang portugis telah di tangkap termasuklah Ruy De Aranjo kecuali Diego Lopez De Sequeira.
- Peristiwa tersebut telah memberi sebab dan peluang kepada Portugis untuk menyerang Melaka.
- Apabila berita penahanan rombongan Poryugis di Melaka sampai ke Melaka sampai ke Goa & Lisbon .Wizurai (wakil /gabenor untuk raja) Portugis di Goa,Alfonso d'Albuquerque telah menyiapkan angkatan perang untuk menyerang Melaka
- Raja Portugal menghantar sepasukan tentera laut di bawah pimpinan Diego Mendez untuk tujuan yang sama dang angkatan laut ini telah bergabung dengan angkatan tentera Alfonso menjadi angkatan perang yang besar.
- Portugis telah menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511 dan dalam tempoh ini Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata Portugis yang lebih canggih dan moden.
- Portugis telah berjaya menawan Melaka pada tahun 1511 Sultan Mahmud dan puteranya Raja Ahmad mengundurkan diri dan menyambung era kesultanan melayu ini ke neger- negeri lain (Johor dan Perak).
KESAN PENDUDUKAN PORTUGIS DI MELAKA
- Secara keseluruhan, Portugis telah menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu dari 1511 ke 1641. Wizurai (Viceroy) yang bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka adalah Alfonso d’Albuquerque.
- Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk ketenteraan. Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka yang dilantik oleh Raja Portugal untuk bertugas selama 3 ke 4 tahun. Beliau dipilih dari kalangan golongan Fidalgo iaitu golongan bangsawan Portugal.
- Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik sekaligus sebagai timbalan kepada Kapten Kota. Golongan tentera diketuai oleh Kapten Jeneral dan dibantu oleh golongan Feitor.
- Kapten Kota dan timbalannya dibantu oleh Majlis Penasihat terdiri daripada 3 badan utama iaitu:- Hal Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta Pentadbiran orang tempatan.
- Portugis melaksanakan beberapa sistem pentadbiran perdagangan:
(a)Kapal-kapal pedagang wajib diwajibkan membayar cukai 6-10% hasil
dagangan mereka
(b)Setiap pedagang-pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang
dagangan mereka
(b)Setiap pedagang-pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang
(c) diskriminasi terhadap pedagang islam
- Portugis memonopoli barang-barang dagangan utama,tetapi mereka membeli barngan tersebut dengan harga yang rendah dan menjualnya dengan harga yang tinggi.
- Masyarakat Serani terhasil daripada perkahwinan antara orang Portugis dengan orang tempatan, pengenalan tulisan rumi(roman) dan penyerapan perkataan daripada bahasa Portugis kedalam bahasa Melayu seperti 'JENDELA' , 'ALMARI' , 'TUALA' , ' GARPU' dan lain-lain.
KEJATUHAN PORTUGIS DI MELAKA
- Rantau Melayu menyaksikan era peperangan tiga penjuru antara Portugis, Aceh dan Johor yang masing-masing bersaing menguasai perdagangan di Kepulauan Melayu.
- Namun, ekoran dasar-dasar Portugis yang tidak disenangi oleh pedagang-pedagang, perdagangan di Melaka merosot sehingga pelabuhan itu jatuh ke tangan Belanda.
- Portugis cuba bertahan di Melaka walaupun sering mendapat ancaman daripada waris Sultan Mahmud di Johor dan Aceh.
- Akhirnya Portugis tewas apabila di serang oleh Johor yang mendapat bantuan daripada Belanda pada tahun 1641.
KESIMPULAN
Adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan melayu di tanah air suatu ketika dahulu.Justeru,masyarakat Melayu selaku masyarakat peribumi telah mengusahakan pelbagai cara bagi mengembalikan kedaulatan dengan mengorbankan jiwa dan raga mereka.
PENGAJARAN
INDIVIDU:
-Kita hendaklah mengambil ini sebagai iktibar bahawa kita seharusnya
mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh kuasa asing.
MASYARAKAT:
-Masyarakat mestilah membentuk sikap untuk bekerjasama bagi memastikan
keamanan negara.
NEGARA:
- Negara perlulah dipimpin oleh pemimpin yang cekap dalam urusan pentadbiran dan keselamatan negara.
RINGKASAN KRONOLOGI
Sumber Rujukan ;
- You Tube
- Buku Pengajian Malaysia (edisi kelima)
- http://drsir.blogspot.com/2012/07/mpw-1133-zaman-penjajahan-portugis.html

No comments:
Post a Comment